Friday, March 11, 2011

FILEM MINGGU INI

Hikayat Merong Mahawangsa

Sinopsis: Pada tahun 120, Empayar Rom yang di bawah pemerintahan Hadrian dan Dinasti Han di China adalah dua buah empayar yang kuat. Kedua-daunya telah memperluaskan kuasa perdagangan ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (terletak di utara Malaysia) untuk dikahwinkan dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai rancangan yang berbeza. Mereka memutuskan menculik Puteri China untuk dijadikannya tebusan. Di hujung selat melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya telah diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong menyelamatkan Puteri China dan menyatukan dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan bagi menggabungkan tamadun Besar dari negara Timur dan Barat?


MARS NEEDS MOMS

Sinopsis: Mengisahkan seorang budak lelaki bernama Milo (Seth Green) yang ditugaskan oleh ibunyauntuk melakukan beberapa tugas semasa cuti sekolah seperti menghias taman di rumahnya.
Namun, selepas tindakan Milo mewarnakan wajah kakaknya menjadi ungu, ibunya mulai hilang sabar dan serta-merta mengarahkan Milo naik ke atas bilik. Selepas bertengkar dengan ibunya, Milo berasa tidak puas hati lalu menjerit "Saua tidak faham apa yang istimewa tentang ibu!" dan terus masuk ke bilik. Semasa Milo tidur, ibunya telah diculik oleh sebuah roket. tanpa membuang masa, Milo berasa bertanggungjawab lalu bersedia untuk menyelamatkan ibunya dan bermulalah misi menyelamatkan ibunya.


RANGO

Sinopsis: Rango merupakan sebuah filem animasi hasil karya pengarah filem Pirates of the Carribean, Helmer Gore Verbinski.
Ia mengisahkan tentang Rango (Johnny Depp) seekor binatang peliharaan kepada sebuah keluarga. Di sebabkan terlalu ingin meneroka kehidupan di luar rumah, Rango meninggalkan segala keselesaan yang dinikmati di rumah untuk melihat dunia luar. Ikuti apakah yang akan berlaku ke atas Rango nanti..


THE RESIDENT

Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang seorang doktor jelita, Dr. Juliet Dermer (Hillary Swank) yang ingin memulakan kehidpan barudi Brooklyn selepas berpisah dengan suaminya. Di tempat tinggal barunya, dia melaui beberapa perkara misteri sebelum akhirnya percaya bahawa dia tidak keseorangan di rumah tersebut.
Dia sebaliknya menyedari seperti ada sesuatu yang memerhatikan setiap gerak-gerinya. Pastikan anda menonton untuk mengetahui apa yang mengganggu Juliet..

nota:
Pilihan Kaunter ialah filem Hikayat Merong Mahawangsa dan Rango..

0 comments: