Di tempat pertama ialah Shariffah Amani. Faktor Shariffah Amani menduduki
tangga pertama ialah wajah Melayu kampungnya dan perwatakan ibunya yang
begitu baik sekali. Bayangkanlah tetiba anak perempuan hisap..
Pelakon yang mempunyai bakat besar dan dikuatkan lagi dengan gandingan adik
beradiknya, siapa lagi kalau bukan Sharifah Amani, yang pernah mengemparkan
dunia hiburan dengan membotakkan rambut. Sharifah Amani ini seperti sedia
maklum memang cukup dikenali sebagai pelakon yang lahir dalam keluarga yang
cukup bahagia dan terdidik. Namun, apa yang mengejutkan ramai pihak selepas
ini adalah mengenai sebuah video yang memaparkan dimana Sharifah Amani
sedang menghisap rokok ketika sedang di temubual oleh seseorang 'wartawan'
yang berbangsa asing. Kalau buka fullscreen, memang ada Sharifah pegang
rokok dengan tangannya.
Di tempat kedua (2) ialah pelakon Impian Sunsilk iaitu Diana Amir.
Menduduki tempat kedua kerana selain merupakan bekas penuntut USM, dia juga
adalah salah seorang artis yang 'cun' di Malaysia ni. Baru-baru ini, ada
pihak menulis di laman sosial Facebook dengan menyatakan bahawa Diana ni
sebenarnya adalah 'kaki seks', 'minum arak' dan 'perokok'. Cuba anda search
di Google imej tentang diana. Apa nak jadi dengan artis sekarang nie, nak
cari artis yang 100% bersih dari gejala sosial yang tidak sihat, memang
agak susah dan sukar. Pelakon baru, Diana Amir juga tergolong dikalangan
segelintir artis yang suka bersosial. Walaupun gayanya kurang menampakkan
dirinya itu seorang yang sosial, tetapi, Diana Amir juga sebenarnya
layan...(layan ape? hah! yang ini kite nak tahu)...rokok. Tambah memualkan
dia seorang perempuan, kaum perempuan ni mestilah dengan gaya lemah lembut
dan sopan, tetapi Diana Amir nampak lebih advance dalam dunia artis yang
diceburinya.
Artis di tempat ketiga (3) pula adalah Aflind Shauki dan isterinya. Si
'Buyot' (nama glamour dalam filem Buli) ni nampak saja 'skema' dalam filem
Papadom tapi di dunia realiti, lihat sajalah...
Tetapi dalam meniti era kegemilangannya..Afdlin tampak tidak profesional
dalam pengurusan peribadinya. Rata-rata ramai yang tahu bahawa merokok itu
membahayakan kesihatan..Dan gambar yang dipaparkan jelas menunjukkan dia
merupakan seorang perokok. Lihat saja di tangan dia dan isterinya itu. Jika
ditanya pada tuan empunya badan, pasti jawapannya 'super impose'. Untuk
makluman anda, gambar seperti ini tidak boleh di 'super impose'kan...
Di tempat keempat (4) pula adalah pelakon sinetron Soleha yang memegang
watak isteri kedua kepada watak Ikram lakonan Rionaldo, iaitu Zaskia Adya
Mecca. Tentu para pembaca tertanya-tanya, mengapa artis Indonesia juga
termasuk ke dalam senarai ini kan? Jawapannya adalah kerana tidak ada
bezanya industri seni Malaysia ataupun Indonesia, kerana yang pasti ramai
rakyat Malaysia yang menonton karya-karya dari seberang. Ya kan? Pernahkah
anda terfikir bahawa Zaskia ini adalah perokok dan mempunyai tatoo.
Di tempat kelima (5) ialah Fasha Sandha. Akibat penyebaran secara
berleluasa gambar di atas, Fasha Sandha akhirnya telah membuat pengakuan
yang dia sememangnya merokok. Namun dia bukanlah seorang heavy smoker, cuma
kadang-kadang (social smoker) sahaja.
Fasha Sandha telah memberitahu yang gambar di atas telah diambil oleh
kenalannya di suatu majlis. Fasha Sandha sendiri telah melihat gambar di
atas menggunakan Blackberry miliknya.
Di tempat keenam (6) ialah Sazzy Falak. Sazzy memang dikenali dengan gaya
urbannya. Gambar ini menunjukkan Sazzy sedang memegang puntung rokok ini
diambil ketika Sazzy bersama-sama Yasmin Hani dan rakan-rakannya yang lain
di sebuah parti. Di sebuah laman hiburan, menyatakan bahawa Sazzy
sememangnya perokok. Tapi, kadang-kadang je...
Seterusnya di tempat ketujuh (7) pula ialah Shariffah Sofea. Gambar ini
dirakamkan ketika Shariffah Sofea bersama-sama Jue Aziz dan Jehan Miskin di
sebuah kelab malam.
Yang terakhir (8) ialah bekas peserta Gadis Melayu 3 Sharifah Jasmine
Soraya. beberapa gambar lagi menunjukkan Jasmine sedang bercumbu dengan
pasangan wanitanya.
0 comments:
Post a Comment