Sunday, February 27, 2011

SEMAK KEPUTUSAN SPM 2010 ONLINE

Setelah keputusan STPM keluar pada minggu lepas, kini tiba masanya untuk keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula diumumkan. Sekarang ini mesti ramai yang menanti-nantikan keputusan ini dengan penuh debaran dan result ini lah penentu hala tuju masa depan mereka.

Friday, February 25, 2011

ADEGAN YANG TAK INGIN ANDA LIHAT




1st time aku play video ni aku pun blur je tgk aksi mamat dua orang ni. Tapi lepas aksi tersebut diulang beberapa kali, baru la aku faham motifnya...macam siot jek ada gak kes macam ni... The worst blunder that i've ever seen...kah kah kah...

PANDU KERETA GUNA MINDA


Sekumpulan saintis Jerman telah mencipta sebuah kereta yang boleh dipandu dengan hanya menggunakan minda (dah macam professor X plak..hahaha). Pemandu kereta itu perlu memakai fon kepala yang dilengkapi sensor dan dihubungkan pada sistem elektronik kenderaan itu melalui teknologi wayarles. Dia hanya perlu berfikir untuk ke kiri atau ke kanan, atau bergerak lebih laju (kalau nk drift camne? hahaha...) supaya kereta tersebut bertindak balas menikut pemikirannya.

SELIPAR MAKAN TUAN

Serius! cerita ni tersangatlah benar, aku dapat tau pun melalui berita2 internet. Kerajaan kita perlu lebih berhati2 dalam kes import2 barang dari luar ni, especially barang2 murah yang terdiri daripada gelas2, tembikar, makanan, barang2 plastik dan macam2 lagi.

Thursday, February 24, 2011

Berhati-hati dengan getah pengikat rambut anda!


Wahai wanita seluruh dunia...berhati2 ketika membeli getah pengikat ambut di sekitar pasar2 atau bandar raya. Memang ianya dijual dengan harga yang begitu murah sekali namun tahukah anda rahsia di sebalik getah pengikat rambut tersebut.

iPhone bukan telefon pintar paling laris

Satu kajian terbaru mendapati telefon pintar keluaran Apple Inc, iPhone bukan lagi antara gajet paling laris di Britain (Aku dah agak dan memang betul pun....hahaha!!).

Tuesday, February 22, 2011

Yusuf Qardhawi keluarkan fatwa wajib bunuh PM Libya


"Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Stesen TV Al-Jazeera Dr. Yusuf Al-Qaradawi (gambar di atas) mewajibkan agar Gaddafi dibunuh dan ianya adalah jihad. Fatwa terbaru beliau ini dikeluarkan rentetan daripada laporan yang menyatakan bahawa Gaddafi melancarkan serangan dengan menggunakan jet pejuang untuk untuk mengebom mereka yang terlibat dalam demontrasi yang berterusan di Libya sekarang.

Monday, February 21, 2011

Bob Lokman tarik diri Raja Lawak 5

Aku tau ramai yang tak sempat tengok live masa Bok Lokman mengumumkan penarikan diri belaiu sebagai pengkritik tetap Raja Lawak musim ke 5. So korang leh saksikan sendiri kat video di bawah ni


[Sila klik video di bawah ni]

18SG: Rawatan yang mengundang bencana - Fish Spa


Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.” 

18SX : SAMAN


Apek: Tolong laa jangan saman...ini kes emergency maa...

Polis: Ish...tak boleh...saman totap saman...sesuka je membuang merata-rata
         ini dah kira kes pencabulan hak rumput tepi jalan....SAMAN!!


nota:
patut ler subur je rumput tu...
kah kah kahh...

Nissan sport baru yang mengujakan


Kereta elektrik pertama yang benar2 menarik perhatian peminat suatu ketika dulu pada tahun 2006 adalah Tesla's Roadster. Namun pada mac tahun ni, Nissan telah merancang untuk melancarkan sejenis roket berkuasa bateri di Geneva Auto Show. Berita tentang Nissan Esflow telah disebut2 di laman sesawang dan  tersebar luas di internet (termasuk r dalam blog aku..haha).


[klik gambar di bawah utk membesarkan imej]

Friday, February 18, 2011

18SX: Mangsa dirogol selepas mati


Hak cipta kasut terkenal dunia cuma RM30,535


Sejenis kasut yang dinamakan but Ugg memperoleh hasil jualan £500 juta (RM1.5 bilion) setahun dan amat popular dalam kalangan selebriti Hollywood.Namun, lelaki Australia yang mencipta but tersebut, Shane Stedman tidak menjadi kaya raya dengan hasil ciptaanya itu seperti sangkaan ramai orang.
Stedman, 69, menjual idea ciptaannya pada harga cuma £10,000 (RM30,535) dan dia hanya diberikan tiga pasang But Ugg baru secara percuma pada setiap tahun untuk sepanjang hayatnya. Dia menjual hak cipta but itu kepada jenama kasut dari Amerika Syarikat, Deckers pada 1983. Lebih dua dekad kemudian, but tersebut yang diperbuat daripada kulit kambing menjadi popular dan dipakai oleh ramai selebriti seperti Kate Moss, Jennifer Aniston dan Sarah Jessica Parker.

Wajah-wajah billionair Malaysia


Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien yang telah kembali ke perniagaan gula tahun lalu mendahului senarai orang terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan bernilai RM50.04 bilion, demikian menurut kaji selidik majalahMalaysian Business keluaran semalam.
Tempat kedua pula diduduki oleh taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan (RM45.78 bilion) dan diikuti oleh Pengerusi Kumpulan Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow yang naik satu kedudukan kepada tempat ketiga dengan jumlah kekayaan dianggarkan RM12.77 bilion.

18PL : Pelajar India dipaksa cakap "keling babi"


Seorang pelajar berbangsa india telah dipaksa untuk mengucapkan perkataan "keling babi" di salah sebuah sekolah. Pelajar india ini telah diugut oleh pelajar melayu untuk mengucapkan perkataan tersebut dan dia akan dipukul jika enggan berbuat demikian.

Thursday, February 17, 2011

Kereta PM Britain kalis bom


Kereta Jaguar XJ X351 yang digunakan sebagai kenderaan rasmi Perdana Menteri Britain, David Cameron, dilengkapi pelbagai ciri istimewa bagi menghalang serangan pengganas, lapor sebuah akhbar semalam.

Tuesday, February 15, 2011

Ronaldo bersara??




Ronaldo telah membuat pengumuman yang beliau akan bersara dari dunia Bola sepak. Beliau 37 tahun pernah mendapat anugerah pemain terbaik fifa sebanyak 3 kali, dalam suasana penuh yang emosi beliau menyatakan hasratnya untuk menggantung butnya disebabkan faktor kecederaan yang dialaminya serta kesukaran untuk mengembalikan bentuk badan asal.

Sunday, February 13, 2011

Rooney wonder GOAL!!

Jaringan cantik Wayne Rooney telah memberi man utd 3 mata penuh. Sebelum ini Rooney dikritik teruk kerana persembahan hambarnya namun dia tetap cuba yang terbaik dalam memburu kejuaraan liga untuk musim ini. Ferguson juga memberi pujian terhadap Rooney, jaringan Rooney pada perlawanan tersebut juga antara jaringan yang paling menakjubkan yang pernah beliau saksikan. Ferguson juga yakin yang prestasi Rooney akan meningkat dan dapat membantu man utd mencari kemenangan pada setiap perlawanan.

Saturday, February 12, 2011

Selamat Tinggal Hosni Mubarak




Presiden Mesir Hosni Mubarak akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naib presiden Omar Suleiman.
Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.Berita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah.

Bahasa Jiwa Bangsa

Inilah padahnya jika terlalu mengagungkan bahasa asing sehingga bahasa rasmi pun tak reti nak gunakan dengan betul. Walaupun kita sudah merdeka tapi negara kita masih dijajah dari segi bahasa, korang boleh tengok nama2 jalan kat malaysia, nama2 tempat, iklan2 tepi jalan, dan macam2 lagi. Bukan aku kata bahasa luar tak penting, tp disamping kita nak memperkasakan bahasa luar kita jangan lupa untuk memartabatkan bahasa sendiri. Serius, tak boleh blah aku tengok banner ni, banner ni digantung di Danau Desa bersebelahan dengan Taman Desa.





nota:
cintailah bahasa kita, bahasa jiwa bangsa...
ni mesti selalu ponteng kelas BM masa sekolah dulu...hahaha


Handphone korang original ke tak?

Semua orang ada handphone sekarang dan aku yakin semua handphone sekarang canggih-manggih belaka. Tetapi, korang pasti tak yang handphone korang tu original set atau tidak? Aku faham masa beli tokey handphoe tu ada bagitau yang korang nak beli Ori set atau Ap set. Contoh untuk handphone Nokia yang Ori mesti dari Zitron dan Sony Ericsson plak yang Ori mesti dari Midland atau Thorus, tapi mana tau korang bayar harga Ori tapi dia bagi yang Ap set punya.

Friday, February 11, 2011

FACEBOOK SERVER


Zaman dah berubah, dunia dah maju. Itu la hakikatnya yang dihadapi dunia sekarang. Ada orang cakap sekarang zaman internet, sekarang zaman blog, bagi aku sekarang zaman FACEBOOK. Aku percaya semua orang mesti ada akaun FB sama ada dikalangan kanak2, remaja, org tua, golongan profesional dan berbagai lagi. Ye r adik aku pun start buat akaun FB masa dia darjah 6 sedangkan aku start buat akuan friendster (dah lama tak login sbb friendster mmg hampeh hehe...) masa umur 23 hahaha...

Get double the value with Chinese New Year Hot Tickets exclusive from Hotlink! #CNYhottickets

Get double the value with Chinese New Year Hot Tickets exclusive from Hotlink! #CNYhottickets

Thursday, February 10, 2011

Sony Ericsson XPERIA + PSP = SE XPERIA Play




Akhirnya...pada bulan disember tahun lepas, Sony pernah mengumumkan yang diorg akan mengeluarkan playstation portable (PSP) yg boleh membuat panggilan telefon dan mereka telah mengotakan janji mereka. Model Sony Ericsson (SE) ini dikenali sebagai SE XPERIA Play dimana pengguna boleh bermain game yang kualiti graphic sama macam PSP, membuat panggilan telefon, melayari internet, GPS navigation, Kamera 5MP dan macam2 lagi beb, pendek kata macam handphone SE XPERIA dikahwinkan dengan PSP..hahaha


Iklan SE XPERIA Play

Aku tak pasti bagaimana sambutan dunia terhadap model handphone terbaru keluaran SE ini. Tapi aku dapat simpulkan yang handphone ni kira superb r buat masa sekarang disebabkan penggunaan OS android paling latest iaitu 2.3 Gingerbread (Cis! handphone aku pun OS 2.1 eclair je) serta dilengkapi dengan 1Ghz processor (mmg dijangkakan pun sbb game2 PSP perlukan processor yg power). Korang boleh tengok preview video pasal model handphone ni.



klik sini untuk mengetahui ciri-ciri handphone ini dengan lebih detail



Helmet cukur rambut dalam tempoh 20 saat

Walaweyyy...ada mamat dari New York telah mencipta helmet yang boleh mencukur rambut dalam tempoh 20 saat sahaja. Bunyi macam pelik je kan tapi tu la hakikatnya, helmet itu mempunyai 4 pisau pencukur yang dilengkapi dengan bantuan motor selain krim pencukur.


Kelakar aku tgk mamat kt video ni bila nk dijadikan bahan ujikaji utk helmet ni. Aku tengok muka mamat ni cuak & menggelabah semacam, ye r buatnya pencukur tu cukur abis kulit kepala dia tak ke naya...hahaha..



nota:
kalau ada helmet yang boleh urut kepala den yg poning ni kan syok.....ekekekekee...
mm tapi aku rasa video kt atas ni fake...


Wednesday, February 9, 2011

Transformers 3 - Dark of the Moon





Mesti ramai yg dah tengok trailer utk filem Transformers 3 kn? rasa suspen je tgk trailer ni time adegan angkasawan tu jumpa robot kat bulan. Untuk pengetahuan semua kedua2 sekuel filem transformers sebelum ni, bila hari pertama kuar wayang je gua takkan buang masa buat benda yg tak berfaedah. Tanpa banyak bicara gua terus ajak awek layan movie ni sbb awek gua pun minat citer transformers ni (tu pun gua yang paksa dia suruh teman) hehe.. Kalau nk ajak member mcm2 alasan diorg bagi, tgk ujung minggu la,layan  midnite la & mcm2 lagi. 


Semalam aku baru terlayan trailer baru filem Transformers ni. Perrrghhh...teruja dowh!! korg blh cuci mata layan video kat bawah ni..




nota:
two thumbs up for Michael Bay...!!
gua mmg syok layan filem2 lu selama ni...



Tuesday, February 8, 2011

SUPERHEROES menguasai dunia perfileman

Korang mesti dah tengok filem superhero keluaran DC studios & Marvel studios seperti Superman, Batman, Spider-man, Hulk, Ironman, Wolverine dan macam2 lagi kan. Pada tahun ni juga beberapa filem Superhero terbaru bakal menerjah pawagam di antaranya seperti Captain America, Green Lantern, Thor, Spider-man reboot (lakonan Andrew Garfield). Paling gua teruja sekali The Avengers (superhero2 disatukan dalam sebuah filem) filem ni mungkin ditayangkan pada tahun depan 2012 yang masih dalam pembikinan. Jom cuci mata layan trailer superhero2 ni


Captain America (2011)

Green Lantern (2011)

Thor (2011)

The Avengers (trailer coming soon)

nota:
trailer spidey blom kuar lagi tp gmbar Andrew Garfiled pki costume spidey mmg gempaq...
pendapat aku karakter andrew sebagai spidey look origanility...




Friday, February 4, 2011

P.Diddy campak $1m pada crowd



Siapa tak kenal P.Diddy? P. Diddy dilaporkan mencampakkan $1 juta kepada crowd pada sebuah parti di hujung minggu.
Dia ialah penyanyi rap Amerika yang terkenal dengan kegilaan menganjurkan parti-parti mewah. Bila umurnya sudah mencecah 40 dalam 2010 dia menjemput 500 sahabat dan ahli keluarga meraikannya di Plaza Hotel New York , di mana memaparkan bunga orkid sebagai display untuk majlis tersebut yang bernilai $30,000.


Dia juga pernah mengadakan sebuah parti dalam sebuah kelab malam untuk anak lelakinya pada hari jadi yang ke-16 tahun lepas , di mana Lil' Kim, Trey Songz and Fabolous semua diundang untuk membuat persembahan dan Justin juga telah dihadiahkan dengan kereta mewah $360,000. Pada upacara itu Diddy dikatakan telah memewahkan crowd untuk berhibur, berjumlah sekitar $1 juta.


nota:
ish3...mamat ni mmg giler r sebelum ni aku de dengar gak dia pernah campak jam rolex pd crowd masa buat persembahan...
kalau P.Diddy ni tlg bayarkan hutang ptptn aku lg bagus...kah kah kah...





Invisible Man - Orang Halimunan



Ramai yang pernah menyaksikan filem Invisible Man kan? filem yang popular pada tahun 2000 ialah filem Hollow Man, aku ingat lagi time ni aku form 5. Pasti ramai lagi yang masih mengingati filem XX-Ray arahan Aziz M. Osman dimana adalah filem melayu pertama yang mengisahkan tentang orang halimunan.


Hollow Man (2000)

XX-Ray (1992)


Tapi baru2 ni ada penggiat seni dari China telah membuat satu seni yang pelik di mana beliau menghilangkan dirinya. Artis ini dikenali sebagai Liu Bolin. Dengan bantuan beberapa penolongnya, Bolin mengecat dirinya mengikut warna latarbelakang persekitaran. Beliau amat teliti dalam penghasilan seni ini sehingga anda melihat dirinya benar2 tidak kelihatan. Proses ini mengambil masa berjam2 untuk menyempurnakan seni ini bergantung kepada jenis latarbelakang. Antara masterpiece beliau :












nota:
apa yang korang ingin lakukan bila ada kebolehan ni...hehe

Tuesday, February 1, 2011

KRISIS sebenar di Mesir

Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir
Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga
http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI

bacaan lebih lanjut di sini


nota:
maklumat dari masyarakat setempat (orang Arab)...
mereka memberikan amaran bahwa sekiranya Husni Mubarak tidak turun dalam tempoh 4 hari dari skrg, mereka akan melancarakan peperangan all out (civil war)...
mereka menasihatkan agar rakyat asing... especially pelajar malaysia meninggalkan mesir dalam tempoh 4 hari ini...