Sekumpulan saintis Jerman telah mencipta sebuah kereta yang boleh dipandu dengan hanya menggunakan minda (dah macam professor X plak..hahaha). Pemandu kereta itu perlu memakai fon kepala yang dilengkapi sensor dan dihubungkan pada sistem elektronik kenderaan itu melalui teknologi wayarles. Dia hanya perlu berfikir untuk ke kiri atau ke kanan, atau bergerak lebih laju (kalau nk drift camne? hahaha...) supaya kereta tersebut bertindak balas menikut pemikirannya.
Kereta yang diuji oleh sekumpulan saintis itu adalah daripada jenama volkswagen. Ia menggunakan teknologi yang dikenali sebagai pemanduan minda. Kereta ini dilengkapi dengan beberapa kamera video, radar dan sensor untuk memberikan gambaran 3D mengenai persekitaran di sekeliling jalan. Projek tersebut dihasilkan oleh pasukan AutoNOMOS, yang merupakan Kumpulan Kecerdasan Buatan dari Universiti Freie di Berlin.
Korang boleh layan video kat bawah ni
nota:
biasa spec transmission kereta sama ada manual @ auto...ataupun kedua2nya
lepas ni ada 3 pilihan, manual, auto, mind controlled...kah kah kah
memang canggih...
0 comments:
Post a Comment