Thursday, February 24, 2011

iPhone bukan telefon pintar paling laris

Satu kajian terbaru mendapati telefon pintar keluaran Apple Inc, iPhone bukan lagi antara gajet paling laris di Britain (Aku dah agak dan memang betul pun....hahaha!!).
Telefon pintar iPhone kini berada di tempat keenam senarai telefon pintar terlaris di negara itu dengan orang ramai cenderung memilih gajet serupa yang jauh lebih murah.
Kajian tersebut dibuat oleh laman web uSwitch.com Mobile, yang menyenaraikan telefon pintar yang paling popular pada masa kini di Britain berdasarkan nilai jualan dan pencarian di Internet.
Ia mendapati telefon pintar Desire keluaran syarikat Taiwan, HTC menduduki tempat pertama senarai itu dengan diikuti HTC Desire HD dan HTC Wildfire.
"Selain boleh mengakses beribu-ribu aplikasi seperti iPhone, HTC Desire memiliki kelebihan lain yang memikat pengguna," kata komen di uSwitch.

Sebelum ni aku pernah post pasal HTC Desire ni. Untuk mengetahui HTC Desire ini dengan lebih detail klik [sini]

nota:                                                                                                                       tapi bagi aku Samsung Galaxy S still the Best!!

0 comments: