Friday, December 17, 2010

Perodua BEZZA

Perodua telah mendedahkan satu model prototaip generasi akan datang dinamakan Bezza pada KLIMS. Konsep solid, licin berkilat digunapakai sebagai kenderaan yang ideal untuk Gen-Y akan pada masa akan datang yang mencari sesuatu yang lebih besar dan cekap untuk mengharungi jalanraya juga bagi perjalanan lebih panjang.


Direka oleh pereka-pereka Malaysia Perodua, diketuai oleh ketua pereka Muhammad Zamren Musa, kenderaan yang panjangnya 4 meter ini iaitu B-pillarless ialah wawasan syarikat yang terkenal sebagai pengeluar kereta kompak ialah sebuah kenderaan yang memaksimumkan ruang dalaman serta bahagian luaran , dan menumpukan pada gaya reka bentuk dan karakter.

Ianya bagaikan tempat tinggal bergerak, ianya menjadi set pelan permulaan untuk model-model masa depan syarikat. Reka bentuk yang seakan-akan Prius, menampilkan pintu belakang luncur dan tempat duduk hadapan berputar untuk mudah masuk dan keluar, disamping itu menampilkan bersama bentuk lampu depan yang agressive dan jelas.


Menampilkan  ciri-ciri dalaman yang kemas serta techno. Panel papan muka direka bentuk untuk kemudahan visual dan satu konsol pusat terapung pemandu yang menyediakan ruang letak kaki tambahan untuk kedua-dua pemandu dan penumpang depan, dengan bahagian ruang storan bagasi yang besar.















nota :
agak-agak korang berapa harga kereta ni ek??


0 comments: