Tuesday, February 8, 2011

SUPERHEROES menguasai dunia perfileman

Korang mesti dah tengok filem superhero keluaran DC studios & Marvel studios seperti Superman, Batman, Spider-man, Hulk, Ironman, Wolverine dan macam2 lagi kan. Pada tahun ni juga beberapa filem Superhero terbaru bakal menerjah pawagam di antaranya seperti Captain America, Green Lantern, Thor, Spider-man reboot (lakonan Andrew Garfield). Paling gua teruja sekali The Avengers (superhero2 disatukan dalam sebuah filem) filem ni mungkin ditayangkan pada tahun depan 2012 yang masih dalam pembikinan. Jom cuci mata layan trailer superhero2 ni


Captain America (2011)

Green Lantern (2011)

Thor (2011)

The Avengers (trailer coming soon)

nota:
trailer spidey blom kuar lagi tp gmbar Andrew Garfiled pki costume spidey mmg gempaq...
pendapat aku karakter andrew sebagai spidey look origanility...




Friday, February 4, 2011

P.Diddy campak $1m pada crowd



Siapa tak kenal P.Diddy? P. Diddy dilaporkan mencampakkan $1 juta kepada crowd pada sebuah parti di hujung minggu.
Dia ialah penyanyi rap Amerika yang terkenal dengan kegilaan menganjurkan parti-parti mewah. Bila umurnya sudah mencecah 40 dalam 2010 dia menjemput 500 sahabat dan ahli keluarga meraikannya di Plaza Hotel New York , di mana memaparkan bunga orkid sebagai display untuk majlis tersebut yang bernilai $30,000.


Dia juga pernah mengadakan sebuah parti dalam sebuah kelab malam untuk anak lelakinya pada hari jadi yang ke-16 tahun lepas , di mana Lil' Kim, Trey Songz and Fabolous semua diundang untuk membuat persembahan dan Justin juga telah dihadiahkan dengan kereta mewah $360,000. Pada upacara itu Diddy dikatakan telah memewahkan crowd untuk berhibur, berjumlah sekitar $1 juta.


nota:
ish3...mamat ni mmg giler r sebelum ni aku de dengar gak dia pernah campak jam rolex pd crowd masa buat persembahan...
kalau P.Diddy ni tlg bayarkan hutang ptptn aku lg bagus...kah kah kah...





Invisible Man - Orang Halimunan



Ramai yang pernah menyaksikan filem Invisible Man kan? filem yang popular pada tahun 2000 ialah filem Hollow Man, aku ingat lagi time ni aku form 5. Pasti ramai lagi yang masih mengingati filem XX-Ray arahan Aziz M. Osman dimana adalah filem melayu pertama yang mengisahkan tentang orang halimunan.


Hollow Man (2000)

XX-Ray (1992)


Tapi baru2 ni ada penggiat seni dari China telah membuat satu seni yang pelik di mana beliau menghilangkan dirinya. Artis ini dikenali sebagai Liu Bolin. Dengan bantuan beberapa penolongnya, Bolin mengecat dirinya mengikut warna latarbelakang persekitaran. Beliau amat teliti dalam penghasilan seni ini sehingga anda melihat dirinya benar2 tidak kelihatan. Proses ini mengambil masa berjam2 untuk menyempurnakan seni ini bergantung kepada jenis latarbelakang. Antara masterpiece beliau :












nota:
apa yang korang ingin lakukan bila ada kebolehan ni...hehe

Tuesday, February 1, 2011

KRISIS sebenar di Mesir

Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir
Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga
http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI

bacaan lebih lanjut di sini


nota:
maklumat dari masyarakat setempat (orang Arab)...
mereka memberikan amaran bahwa sekiranya Husni Mubarak tidak turun dalam tempoh 4 hari dari skrg, mereka akan melancarakan peperangan all out (civil war)...
mereka menasihatkan agar rakyat asing... especially pelajar malaysia meninggalkan mesir dalam tempoh 4 hari ini...


Monday, January 31, 2011

PERTEMPURAN RAKYAT MESIR - MESTI TONTON




rakyat mesir bersatu bertempur dengan polis demi menghalau Hosni mubarak
mereka dipukul
mereka dilanggar
disembur air/gas pemedih mata
sungguh tragis, zalim dan menyayat hati
namun mereka tidak berundur dan terus mara kehadapan
ada juga yg bersolat sambil bertempur memohon perlindungan dari ALLAH.. 




nota:
rakyat mesir cuma mahukan Hosni mubarak turun...
selagi dia tidak turun rakyat mesir akan terus berdemo untuk menghalau pemerintah yg kejam itu...

namun kita akan terus berdoa utk keselamatan rakyat Malaysia di sana...
harap kerajaan cepat bertindak untuk membawa mereka pulang ke tanah air...